Sunday, February 10, 2008

Selamat Pengantin Baru- Ejal & Nieza




Tarikh : 3 Februari 2008 bersamaan 25 Muharram 1429H
Tempat : Lot 1386A, Batu 1, Kg Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor
Masa : 12.30 - 1.30 petang
Kontroversi untuk ke majlis perkahwinan Ijal terjadi bila KRol memberi arahan supaya kami bertolak jam 9.00 pagi. Aku kata "Gila, bila sampai kateringpun tak buka penutup makanan lagi." Almaklumlah hari Ahad, inilah masanya anak-anak nak bangun awal. Aku bertekak dengan KRol dan akhirnya kami putuskan, kita pergi sendiri-sendiri. KRol tak puas hati lalu mempertikaikan istilah konvoi yang kami telah persetujui awal-awal dulu.
Sampai di rumah Ijal (sampai 4 kali telefon pengantin sebab tak ada kad jemputan) akhirnya kami berempat beranak sampai juga. Aku dilampai oleh Fizah yang bersusah payah turun dari Kuala Kubu Bharu (dia dah penat tulis nama atas batu!).
Sampai saja bebudak tu dah mengutuk aku, guna bahasa isyarat yang dipelajari semasa mereka berkelah semalam di air terjun. Ada Yani yang datang dengan Gen2 baru (kat kedai lagi). Sampai warna kereta pun dia tak ingat. Seperti biasa 3 stoogers tetap bersama. Rupanya mereka dah setuju nak pakai warna biru sebagai tema. Akupun walau tidak diberitahu ada aura juga anak-beranak pakai biru.
Mereka sampai awal hingga sempat ke Jusco lagi. Alkisahnya yang KRol nak bertegang leher tu sebabnya Kak Ani ada, nak balik Pahang A.S.A.P! Cepat-cepatpun baliknya sama juga dengan aku kan! Seronok dapat jumpa dengan kengkawan. Ini konon-konon first reunion kami.... Tapi biasalah takleh buat havoc kat majlis orang!
Selamat Pengantin Baru Ijal dan Nieza yang sedondon berbaju ungu! Selamat melayar bahtera perkahwinan yang penuh ranjau dan onak duri.

No comments: