Thursday, May 22, 2008

KURSUS KEIBUBAPAAN : ANAK ISTIMEWA

Bidang Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jumlah pelajar istimewa di sekolah harian (integrasi ) dianggarkan kira-kira 12, 000 orang dengan bilangan guru seramai 4,000 orang. Data ini menunjukkan bahawa semakin hari semakin ramai pelajar istimewa di Malaysia. Pelajar istimewa ini mencakupi pelajar Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, Hipoaktif, Serebral Palsi Disleksia, Dispraksia dan sebagainya. Jelas ini menunjukkan satu pengurusan yang baik dan teratur demi membimbing anak-anak ini sangat diperlukan. Tanpa ilmu pengetahuan, maklumat dan tindakan yang betul dan wajar kita sebagai guru dan ibubapa mahupun masyarakat sudah tentu akan menghadapi masalah dalam menguruskan anak-anak istimewa anugerah Tuhan ini.

Sampai bilakah kita menjadi tempat mereka bergantung hidup? Sudah sampai masanya kita menggembleng tenaga dan usaha untuk memastikan anak-anak istimewa ini boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan sebaya mereka. Pelajar ini semestinya sudah boleh menguruskan diri mereka sendiri pada masa akan datang.

Oleh itu kursus ini dirangka bagi mencapai objektif yang berikut :Pendedahan tentang Pendidikan Khas kepada guru, ibubapa mahupun Pembantu Pengurusan Murid juga individu yang berminat mengetahui dunia pendidikan khas dengan lebih mendalam.Menepati cara dan peraturan dalam menguruskan pelajar istimewa.Memberi kesedaran dan perasaan insaf kepada semua warga tentang Pendidikan Khas.

PENCERAMAH
Pegawai Jabatan Pendidikan Khas , Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tajuk “ Anak Istimewa Satu Anugerah Bukan Bebanan”
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tajuk : Pengurusan Tingkahlaku
Pegawai Terapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajuk : Terapi Pertuturan
Butiran lain:
Tarikh : 14 hb Jun 2008 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 ptg Tempat : Dewan Perdana , Tingkat 1 , Bangunan Pasukan Briged Tengah PGA , Cheras (Berhawa Dingin).
Yang berminat sila emel Puan Haslina di lailakamilia@yahoo.com . Yuran hanya RM15 (nota, sarapan pagi dan makan tengahari). Sijil disediakan. Tempat terhad kepada 100 peserta sahaja.
"Tuntutlah ilmu hingga sampai ke liang lahad"

2 comments:

yani said...

salam..
alamak aih!! berminat nak join tp kesibukan melanda la time tu..

laila kamilia said...

mm... takde sapa pun yg joint kecuali aku dan dell dan yati sidek...huhuhu